Selasa, 10 April 2012

Cara Buang Profil Facebook Timeline

Salam pada semua...baru2 ni tp xla baru sgt mark zu jual beger telah memperkenalkn timeline yg telah berjaya membangangkan dan menetionkan segelitir pengguna fb d malaysia...ngan2 aku pon jd bangang..wakakaka.susah 'kot' nk paham timeline ni.wakakaka...aku xmo cerita pnjang,bbalik pada cerita asal, godek punya godek dalam internet, aku ada terjumpa dalam satu blog (tapek buang.blogspot) kaedah nk buang timeline mangkuk tandas ni...so klu sapa2 nk buang timeline ni,bleh ler follow step ni...

Sabtu, 15 Oktober 2011

Pengawai Tentera Amerika Masuk Islam

Majer Saleh Mohammed adalah merupakan seorang warganegara Amerika yang berketurunan Austria. Nama asal beliau adalah 'Majer Frederick Noel'. Beliau merupaka seorang pengawai tentera Amerika yang bertugas di New York. Perasaan ingin tahu beliau tentang agama islam  selepas tragedi WTC begitu menebal. Beliau ingin mengetahui persoalan yang timbul  keatas pertanyaan: "mengapa Islam mengajar umatnya untuk meletupkan diri diatas nama jihad?".Setelah mendalami buku-buku yang bercorakkan islam, Al-Quran dan kitab-kitab Hadis ternyata tidak ada satu pun dalil yang menyatakan islam telah mengajar umatnya perbuatan meletupkan diri untuk tujuan jihad. Sebaliknya ia mendapati bahawa ajaran Islam lebih bijak dalam membahaskan soal iman, moral, etika (akhlak) dan ilmu pengetahuan. Tanpa disedari, dia semakin suka membaca buku-buku yang bercorakan Islam. Dan, akhirnya telah menyatakan keislamannya pada tahun 2007, dan kini aktif dalam syiar Islam di lingkungan tentera Amerika…

Adik Ipar Bekas Perdana Menteri England Masuk Islam

Inilah dia LAUREN BOOTH, adik ipar kepada mantan Perdana Menteri England ‘TONY BLAIR’ yang telah masuk Islam pada 26 Oktober 2010 yang lalu. Berita Keislaman Lauren sangat menggemparkan England. Ini kerana beliau suatu ketika dahulu bukan sahaja seorang ahli parlimen England, jurnalis senior tetapi juga adalah salah seorang pengasas "Christian Ministry For Spiritual Growing" yang mana keanggotaannya sudah melebihi puluhan juta penganut kritian. Ketika diwawancara oleh BBC, dia mengatakan: "If you want to get full status as a high-minded, a clear reason, a true intellectual. Supposedly, learn something about Islam before you judge it. Don't get all of your information from subjective opinions of those who reasoned very dwarf."

SATU BATTALION ASKAR KOREA MASUK ISLAM






        Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Saat bertugas di wilayah tersebut, ia sering melihat dan mengamati orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada berdekatan dengan sebuah masjid di wilayah tersebut. Ia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan dalam solat yang dilakukan oleh orang muslim yang bersolat tersebut. Kerana dihinggapi rasa ingin tahu, ia telah mencuba untuk meniru seluruh gerakan solat yang dilakukan oleh orang muslim tersebut dan dipraktikkan di kamarnya bersendirian. Semasa dia mempraktikkan gerakkan itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Setelah itu, ia telah menjadikan gerakan-gerakan tersebut sebagai program meditasi pasukan yang di pimpinnya (disamping Yoga). Ternyata sebahagian besar prajurit yang telah mempraktikkan gerakan-gerakkan solat tersebut  merasakan hal yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai. Sejak itu Kapten San berinisiatif untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam, dan sekali gus telah membawanya untuk menjadi seorang muslim. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit-prajuritnya, ia berkata: "aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam". Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang dipimpin olehnya telah mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya untuk turut sama memeluk Islam !!!!!!. Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!!!

Sabtu, 17 September 2011

PEMASYHURAN MALAYSIA 1963



Dengan nama Allah Yang Maha Murah [Pemurah] lagi Maha Mengasihani.

       Segala Pujian2 bagi Allah Tuhan Seru sakalian ‘Alam dan selawat dan salam bagi Junjungan Kita Nabi Muhammad dan bagi sakalian Keluarga serta Sahabat2-nya

BAHAWASANYA oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapuran dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandongi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.