Majer Saleh Mohammed adalah merupakan seorang warganegara Amerika yang berketurunan Austria. Nama asal beliau adalah 'Majer Frederick Noel'. Beliau merupaka seorang pengawai tentera Amerika yang bertugas di New York. Perasaan ingin tahu beliau tentang agama islam selepas tragedi WTC begitu menebal. Beliau ingin mengetahui persoalan yang timbul keatas pertanyaan: "mengapa Islam mengajar umatnya untuk meletupkan diri diatas nama jihad?".Setelah mendalami buku-buku yang bercorakkan islam, Al-Quran dan kitab-kitab Hadis ternyata tidak ada satu pun dalil yang menyatakan islam telah mengajar umatnya perbuatan meletupkan diri untuk tujuan jihad. Sebaliknya ia mendapati bahawa ajaran Islam lebih bijak dalam membahaskan soal iman, moral, etika (akhlak) dan ilmu pengetahuan. Tanpa disedari, dia semakin suka membaca buku-buku yang bercorakan Islam. Dan, akhirnya telah menyatakan keislamannya pada tahun 2007, dan kini aktif dalam syiar Islam di lingkungan tentera Amerika…