Jumaat, 16 September 2011
Pemansuhan ISA selari dengan perjuangan Pas- Nik Aziz
MACHANG- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai langkah yang selari dengan perjuangan Pas sebelum ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, akta tersebut tidak relevan malah menganiaya pelbagai golongan termasuk alim ulama yang memperjuangkan agama Islam tanpa pembelaan sewajarnya.
“Patutnya akta ini sudah lama dimansuhkan, ia digubal semasa zaman komunis dan mereka sudah lama tiada di Malaysia, kenapa ia masih diguna pakai sekali gus menganiaya golongan alim ulama yang tidak membuat sebarang jenayah bahkan mengajak orang ramai berbuat kebaikan.
“Kita tidak perlukan akta ini, kita ada mahkamah, hakim dan peguam. Pemansuhan ini selari dengan perjuangan Pas yang membela golongan alim ulama. Kenapa golongan alim ulama seperti Pak Nik Lah (Nik Abdullah Arshad) di letakkan di bawah tahanan ISA,’’ katanya.